5 Klinik Bagi Botox Terbaik di Kuala Lumpur
Pada zaman sekarang, dengan kemajuan teknologi dalam bidang kosmetik, ianya semakin hebat dan dapat membantu banyak orang dalam mengatasi sebarang masalah yang melibatkan kecantikan paras rupa. Malaysia merupakan sebuah lokasi terkenal bagi suntikan Botox dalam seluruh Asia Selatan. Apabila usia semakin lanjut, ianya menjadi normal dalam kehidupan untuk mengalami kedutan pada bahagian muka dan ini mungkin akan menjadikan banyak orang risau kerana tentang kecantikan wajah. Namun demikian, dengan suntikan Botox, kecantikan wajah dapat dikembalikan agar rupa berseri sentiasa dan bebas daripada kedutan. Di sini kami senaraikan beberapa klinik terbaik di Kuala Lumpur yang sememangnya terkenal dalam bidang kosmetik.

KLINIK ESTETIK NEXUS
80 reviews
Alamat: LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +6017-2163 569 / +60321635699
Mengenai Klinik Nexus
Bertempat di tengah bandar Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah klinik yang terkenal bagi suntikan Botox. Suntikan ini disuntik ke dalam otot untuk membantu menghilangkan kedutan dan mengembalikan kecantikan wajah.
Doktor di Klinik Nexus
- Dr Jasmine Ruth (MBBS, Diploma dalam Perubatan Estetik, Lesen Antarabangsa dalam ‘Stem Cell Therapy’, Sijil dalam Terapi Hormon, Injector dalam Kesihatan Seksual Lelaki) merupakan seorang pakar dalam bidang estetik dan juga beliau memperkenalkan Klinik Nexus ke mata dunia. Ramai klien dari dalam dan luar negara mencari beliau bagi sebarang masalah estetik yang dihadapi.
- Dr Preetha mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Sains dan Genetik dari Universiti Malaya, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan antara doktor yang terbaik dalam bidang estetik yang melibatkan Botox di Kuala Lumpur.
Galeri
Testimoni
"Saya sangat gembira dengan perkhidmatan yang diterima di klinik ini. Sesi suntikan Botox saya telah berjalan lancar dan saya sangat bersyukur."
Nita K

KLINIK MEDIVIRON UOA
63 reviews
Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2163 5888
Mengenai Klinik Mediviron UOA
Klinik ini merupakan antara klinik yang termahsyur di Kuala Lumpur bagi suntikan Botox. Ia mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Selalunya antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor dilatih di luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang efektif diberikan kepada semua orang.
Doktor di Klinik Mediviron UOA
- Dr Douglas mendapat ijazah perubatan beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia dan telah menamatkan pengajian beliau dengan kepujian tertinggi dalam bidang perubatan estetik.
- Dr Aris Mazlan telah menamatkan pengajian beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia sebagai seorang ‘Doctor of Medicine (MD)’ serta telah membuat pengajian lanjut dalam bidang perubatan estetik. Beliau mempunyai klien dari seluruh Malaysia.
Galeri
Testimoni
"Saya selalu ke klinik ini kerana berdekatan dengan tempat tinggal saya serta staf yang berkerja di sini semuanya baik belaka."
Tania S

KLINIK PREMIER
33 reviews
Alamat: 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
No Telefon: +6012 662 5552
Mengenai Klinik Premier
Di sini kami mempunyai tenaga kuasa yang ramai serta doktor yang handal dalam bidang aesthetik. Bukan itu sahaja malah kami juga memiliki kepelbagaian dalam mesin dan produk yang dapat diberikan kepada klien kami. Kami memastikan anda sentiasa mendapatkan perkhidmatan profesional, keputusan yang efektif serta harga yang berpatutan. Salah satu rawatan yang paling dicari-cari oleh orang ialah suntikan Botox.
Doktor di Klinik Premier
- Dr Kee Yong Seng mendapat ijazah beliau dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang perubatan. Beliau juga mendapat tauliah LCP (Letter of Credentialing and Privileging) sebagai seorang pengamal aesthetik di Malaysia. Kelayakan beliau termasuklah Diploma dalam bidang perubatan dari Akademi Aesthetik Amerika, Diploma dalam Penjagaan Utama Dermatologi dari Institusi Dermatologi Bangkok dan Sijil Penjagaan Utama dalam bidang Dermatologi dari Akademi Pengamal Perubatan Keluarga Malaysia.
Galeri
Testimoni
" Saya pergi ke klinik ini untuk mendapatkan rawatan Botox. Ianya memang sangat bagus dan saya merekomenkan klinik ini kepada orang lain "
Jessie D

MY BLISS
20 reviews
Alamat: Lot 1&2, Level G2 Publika,, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Telefon: +603 2300 0268
Mengenai My Bliss
Pihak klinik ini memang sangat terkenal dengan kepakaran mereka dalam bidang aesthetik. Klinik ini terletak di tengah-tengah Mont Kiara dan merupakan salah satu pilihan utama bagi penyelesaian kulit, muka, badan dan rambut. Klinik ini juga sangat terkenal dengan suntikan Botox mereka.
Doktor di My Bliss
- Dr Elson Chee Chern Shiung (MBBCh BAO, Diploma dalam bidang Dermatologi, Diploma dalam Perubatan Keluarga, Taulaih LCP (Letter of Credentialing & Privileging) Pengamal Perubatan Aesthetik dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Galeri
Testimoni
"Saya sangat bersyukur dapat berjumpa dengan doktor di sini untuk rawatan Botox saya. Mereka sangat baik dan sanggup menerangkan prosedur tersebut dengan teliti supaya saya faham."
Raina B

NICANOR PLASTIK DAN SURGERI KOSMETIK
19 reviews
Alamat: Merchant Square, A-1-3A, Jalan Tropicana Selatan, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor
No Telefon: +603-7883 0989
Mengenai Nicanor Plastik dan Surgeri Kosmetik
Nicanor Plastik dan Surgeri Kosmetik merupakan klinik yang menawarkan perkhidmatan kosmetik khususnya yang melibatkan surgeri plastik serta perkhidmatan aesthetik yang lain. Pejabat utama kami terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kami juga menawarkan suntikan Botox yang menjadi gilaan ramai orang.
Doktor di Nicanor Plastik dan Surgeri Kosmetik
- Dr Heng memegang ijazah dalam bidang Sains Perubatan serta ‘Doctor of Medicine (MD)’ dari Universiti Malaya. Beliau juga mempunyai ijazah ‘Master of Medicine (MD)’ dari Universiti Antarabangsa Singapura serta mendapat ‘Fellowship of Royal College of Surgeons (FRCS) dari ‘Royal College of Surgeons’ di Edinburgh.
Galeri
Testimoni
"Perkhidmatan yang sangat baik dan efektif. Staf banyak membantu dalam menjawab soalan saya."
Kara M
Ini merupakan senarai beberapa klinik terbaik di Kuala Lumpur untuk mendapatkan suntikan Botox. Klinik ini memang terkenal sebagai klinik terbaik untuk suntikan Botox di Asia Selatan. Kami berharap senarai ini akan dapat membantu anda dengan lebih lanjut untuk membuat pemilihan yang sesuai. Sekiranya anda rasa seperti senarai ini tidak mencukupi atau kekurangan informasi, sila emel kami di alamat contact@nexus-clinic.com.