5 Klinik Popular Bagi Rawatan Prp Untuk Kedutan Di Kuala Lumpur
Malaysia menyediakan pelbagai jenis rawatan dalam bidang estetik yang dapat membantu anda kelihatan cantik berseri pada setiap masa. Terdapat banyak jenis rawatan yang terkenal dalam kalangan masyarakat seperti PRP. Kami telah memudahkan kerja anda dengan menyediakan senarai klinik-klinik terbaik di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini. Pilihlah klinik yang paling berkenan di hati anda untuk mencubanya supaya wajah anda sentiasa kelihatan muda dan berseri.

NEXUS AESTHETIC CLINIC
80 reviews
Alamat: LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +6017-2163 569 / +60321635699
Mengenai Klinik Nexus
Bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah klinik yang terkenal bagi rawatan PRP untuk merawat kedutan. Rawatan ini mampu melicinkan kulit muka serta menghilangkan kedutan.
Doktor di Klinik Nexus
- Dr Jasmine Ruth (MBBS, Dip Aesthetic Medicine, International License in Stem Cell Therapy, Certificate in Advanced Hormone Therapy, Advanced Injector for Male Sexual Health) adalah seorang pakar kecantikan yang terkenal dan merupakan pengasas Klinik Estetik Nexus. Perkhidmatan bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelanggan-pelanggan di Malaysia, malahan juga terkenal dalam kalangan pelanggan-pelanggan antarabangsa.
- Dr. Preetha memperolehi ijazah pertamanya di dalam bidang Sarjana Muda Sains Genetik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan salah seorang pakar kecantikan yang terbaik di Kuala Lumpur.
Photos
Reviews
"Perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini sememangnya sangat baik dan saya berpuas hati dengan hasil yang diperolehi lepas sesi PRP saya."
Naema H.

MEDIVIRON UOA CLINIC
63 reviews
Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2163 5888
Mengenai Klinik Mediviron UOA
Klinik ini merupakan antara klinik yang termasyhur di Kuala Lumpur bagi rawatan PRP untuk menghilangkan kedutan. Ia mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Kebiasaannya rawatan ini merupakan antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini dan mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor dilatih di luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada para pelanggan yang berkunjung.
Doktor di Klinik Mediviron UOA
- Dr. Aris Mazlan merupakan lulusan daripada Akademi Perubatan Moscow (MMA), Russia di dalam bidang Perubatan (MD) dan telah melanjutkan pelajaran beliau di dalam bidang Perubatan Aesthetic. Mempunyai pelanggan-pelanggan daripada pelbagai latar belakang yang bertemu beliau untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan PRP dari seluruh pelusuk negara.
- Dr. Douglas memperoleh ijazah perubatannya daripada Akademi Perubatan Moscow, Rusia. Beliau telah menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan dengan cemerlang dan seterusnya melanjutkan pelajarannya dalam bidang Perubatan Aesthetic. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang prosedur rawatan PRP.
Photos
Reviews
"Saya mendapatkan rawatan PRP untuk kedutan saya di klinik ini dan stafnya sangat baik hati dan banyak membantu saya."
Nazira L.

KLINIK LIFESTYLE AESTHETIC
33 reviews
Alamat: 3-6, LifeCare Medical centre, 5, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 58000 Kuala Lumpur, Malaysia
No Telefon: +60 3-2242 2822
Mengenai Klinik Lifestyle Aesthetic
Dengan memegang prinsip etika yang tinggi, klinik ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan yang terbaik malah mereka juga akan menasihatkan pelanggan tentang pilihan rawatan yang paling sesuai untuk diambil. Visi mereka adalah untuk menjadi salah satu klinik terbaik dan klinik ini sangat terkenal dengan rawatan ‘Plasma Rich Platelet’ yang digunakan untuk mengurangkan kedutan.
Doktor di Klinik Lifestyle Aesthetic
- Dr Alan Wong merupakan seorang doktor yang sangat berpengalaman di dalam bidang perubatan. Beliau juga merupakan seorang pakar di dalam perubatan estetik dan anti-penuaan yang dipelajarinya dari Itali.
Photos
Reviews
"Saya bersyukur dapat berjumpa dengan Dr Alan kerana beliau telah membantu menghilangkan kedutan pada muka dan kini saya kelihatan muda lagi."
Rashidi Y.

PUSAT PAKAR KULIT DR KO
19 reviews
Alamat: 52A 2nd Floor, off Jalan Puchong, Jalan Op 1/5, Pusat Perdagangan One Puchong, Puchong, Selangor, Malaysia
No Telefon: 1800 22 3322
Mengenai Pusat Pakar Kulit Dr KO
Klinik ini dibuka pada tahun 1997 oleh Dr KO dan telah berkembang pesat sehingga sekarang. Kini, klinik ini sangat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang dermatologi serta rawatan PRP untuk merawatn kedutan yang ditawarkan.
Doktor di Pusat Pakar Kulit Dr KO
- Dr Ko Chung Beng (Consultant Dermatologist, MBChB, MRCP, Dip S.B.Derm, AM) merupakan doktor yang memulakan klinik ini dan merupakan pemilik beberapa cawangan klinik ini di seluruh Malaysia.
Photos
Reviews
"Saya rekomenkan klinik ini kepada semua orang kerana rawatan yang disediakan berbaloi dan harganya berpatutan."
Megat I.

PUSAT RAWATAN PAKAR KULIT LACO
20 reviews
Alamat: 27, Jalan Merbah 3, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
No Telefon: +603 8079 0303
Mengenai Pusat Rawatan Pakar Kulit Laco
Klinik ini mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman di dalam bidang estetik. Kulit yang cantik dapat menambahkan keanggunan dan kecantikan wajah. Keyakinan diri juga dapat dicapai apabila wajah semakin berseri.
Photos
Reviews
"Saya kerap datang ke klinik ini untuk mendapatkan rawatan PRP untuk kedutan. Sekarang wajah saya kelihatan seperti saya masih muda lagi."
Liana D.
Ini merupakan senarai klinik-klinik terbaik yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur untuk rawatan PRP. Kami berharap senarai yang disediakan ini akan dapat memudahkan anda di dalam membuat pilihan terbaik bagi mendapatkan rawatan estetik anda. Jika anda merasakan informasi ini tidak mencukupi atau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan ini, silakan hubungi pihak kami pada alamat emel contact@nexus-clinic.com