Blog

  • Home
  • Top Clinics
  • 5 Klinik Terbaik Untuk ‘Liposculpture’ Di Kuala Lumpur

5 Klinik Terbaik Untuk ‘Liposculpture’ Di Kuala Lumpur

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan iklim Khatulistiwa, pantai yang jernih serta rakyat berbilang kaum. Namun demikian, bukan itu sahaja yang Malaysia menawarkan kepada kita. Kuala Lumpur, yang merupakan ibu negara Malaysia terkenal dengan perkembangan dalam bidang estetik.

Salah satu rawatan yang ditawarkan ialah ‘Liposculpture’. Sejak rawatan ini diperkenalkan ke mata dunia, permintaannya semakin meningkat. ‘Liposculpture’ merupakan sejenis rawatan untuk melangsingkan badan. Sekarang ini, Kuala Lumpur boleh dikatakan sudah menjadi sebuah tapak untuk ‘Liposculpture’ di Asia Selatan kerana terdapat banyak klinik yang menyediakan perkhidmatan ini tetapi sini kami telah senaraikan hanya lima klinik terbaik di sekitar Kuala Lumpur.

image

KLINIK ESTETIK NEXUS

80 reviews

Alamat: LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon:  +6017-2163 569 / +60321635699

Mengenai Klinik Nexus

Bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah klinik yang terkenal bagi rawatan ‘Liposculpture’. Rawatan ini mampu mengurangkan berat badan serta menghasilkan bentuk badan idaman anda.

Doktor di Klinik Nexus

  1. Dr Jasmine Ruth (MBBS, Diploma dalam Perubatan Estetik, Lesen Antarabangsa dalam ‘Stem Cell Therapy’, Sijil dalam Terapi Hormon, Injector dalam Kesihatan Seksual Lelaki) merupakan seorang pakar dalam bidang estetik dan juga beliau memperkenalkan Klinik Nexus ke mata dunia. Ramai klien dari dalam dan luar negara mencari beliau bagi sebarang masalah estetik yang dihadapi.
  2. Dr Preetha mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Sains dan Genetik dari Universiti Malaya, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan antara doktor yang terbaik dalam bidang estetik yang melibatkan Botox di Kuala Lumpur.

Galeri

Testimoni

"Perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini sememangnya sangat baik dan saya sarankan orang lain di luar sana untuk datang ke klinik ini untuk rawatan ‘Liposculpture’." Rama R

image

KLINIK MEDIVIRON UOA

63 reviews

Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2163 5888

Mengenai Klinik Mediviron UOA

Klinik ini merupakan antara klinik yang termahsyur di Kuala Lumpur bagi rawatan  ‘Liposculpture’. Ia mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Selalunya antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor dilatih di luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang efektif diberikan kepada semua orang.

Doktor di Klinik Mediviron UOA

  1. Dr Douglas mendapat ijazah perubatan beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia dan telah menamatkan pengajian beliau dengan kepujian tertinggi dalam bidang perubatan estetik.
  2. Dr Aris Mazlan telah menamatkan pengajian beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia sebagai seorang ‘Doctor of Medicine (MD)’ serta telah membuat pengajian lanjut dalam bidang perubatan estetik. Beliau mempunyai klien dari seluruh Malaysia.

Galeri

Testimoni

"Saya mendapatkan rawatan ‘Liposculpture’ saya di sini dan sangat gembira dan puas dengan hasilnya. "

Tanya F

image

KLINIK GEM

33 reviews

Alamat: 19, Jalan PJU 1/41, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No Telefon: +603-7887 5885

Mengenai Klinik Gem

Klinik ini merupakan sebuah pusat anti penuaan ala spa yang sememangnya sangat digemari ramai. Mereka di sini sangat berdedikasi dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang efisien.

Doktor di Klinik Gem

  1. Dr Ling Ing Heong (Lenzo) ( MB BCh BAO, Board Certified A.M., FKCCS, MSc GM). Beliau memperoleh ijazah dalam bidang perubatan pada 2004 dari Universiti Antarabangsa Ireland dan beliau juga menjalani latihan praktikal di sana. Apabila kembali ke Malaysia, beliau meneroka bidang Surgeri Plastik di Hospital Ipoh untuk mendapatkan pengalaman.

Galeri

Testimoni

" Ini merupakan antara klinik terbaik yang pernah saya kunjungi. Saya sangat suka akan rawatan ‘Liposculpture’ kerana saya sedar perubahan pada badan saya. "

Tarvin K

image

PUSAT MEDIKAL BEVERLY WILSHIRE

20 reviews

Alamat:  Level 6, 8 & 9, Dijaya Plaza, No. 237 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Federal Territory, 50400, Malaysia

No Telefon: +603-2118 2888

Mengenai Pusat Medikal Beverly Wilshire

Ini merupakan penyelesaian utama untuk masalah kulit, muka, rambut dan badan. Pusat medikal ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan menyediakan perkhidmatan estetik yang terbaik. Rawatan yang paling tinggi permintaannya ialah ‘Liposculpture’.

Doktor di Pusat Medikal Beverly Wilshire

  1. Dr Jessie Lim mendapat ijazah perubatan beliau dari Universiti Putra Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan pembelajaran dan mendapat sijil dalam bidang estetik dari Akademi Perubatan estetik di Amerika Syarikat.

Galeri

Testimoni

"Klinik ini berada di lokasi yang strategik dan mudah untuk dicari oleh orang ramai serta menyediakan perkhidmatan yang sangat efisien." Wahid B

image

KLINIK DA VINCI

19 reviews

Alamat: The Boulevard Office City, 15-2, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

No Telefon: +60 3-2282 2698

Mengenai Klinik Da Vinci

Klinik Da Vinci merupakan sebuah klinik estetik yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Klinik ini sangat terkenal dengan rawatan  ‘Liposculpture’ yang dapat membantu ramai di luar sana dengan masalah berat badan yang mereka hadapi.

Doktor di Klinik Da Vinci

  1. Dr Tristan Tan memulakan kerjaya beliau sebagai seorang doktor perubatan sejak 2006. Selepas itu, beliau mula berminat dalam bidang estetik dan kemudian menolehkan fokus kerjayanya ke arah bidang estetik untuk mendapatkan pengalaman. Sekarang, beliau mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang estetik.

Galeri

Testimoni

"Klinik ini menawarkan rawatan ‘Liposculpture’ yang sangat bernas dan berkualiti. Masalah kulit saya telah menemui jalan penyelesaian." Dervin G

Senarai di atas merupakan antara klinik yang terkenal di sekitar bandar Kuala Lumpur bagi rawatan  ‘Liposculpture’. Klinik di sini mempunyai doktor pakar estetik yang memang handal. Jadi, anda pasti akan gembira dengan hasil rawatan yang didapati. Sekiranya anda mendapati informasi di sini tidak mencukupi atau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan tersebut, sila hubungi kami di alamat emel contact@nexus-clinic.com