HARGA REJUVENASI FARAJ-ADAKAH IA BERBALOI? KLINIK NEXUS KUALA LUMPUR
Buku perundingan
Tinggalkan pesanan kepada kami dan kami lebih dari gembira untuk membuat temujanji konsultasi dengan doktor bertauliah kami atau kami akan hantar sebut harga untuk rawatan yang anda inginkan.

Kaum wanita pada hari ini semestinya mahu kelihatan menarik secara luaran namun ramai lupa tentang kecantikan dalaman. Ia sudah tentu penting kerana wanita yang berjaya dan tampak cantik mempunyai keseimbangan dalam kedua-dua aspek. Untuk itu, adalah salah satu keperluan untuk wanita menjaga dinding faraj mereka. Ketika usia semakin meningkat, dinding faraj anda mungkin akan menjadi semakin longgar oleh kerana tisu pada laluan faraj yang semakin hilang atas faktor penuaan. Hal ini pasti mengakibatkan ketidakselesaan dan kerisauan mengenai imej diri mereka dan pada masa yang sama, ramai dari kaum wanita buntu dalam mencari jalan penyelesaian. Jangan gusar kerana di Kuala Lumpur, Malaysia, kami menawarkan jalan tersebut. Dilengkapi oleh rangkaian klinik-klinik aestetik yang telah dikenali dan diperkuatkan dengan doktor-doktor kecantikan bertaraf dunia, kami mampu menyediakan rawatan rejuvenasi faraj buat anda yang bertujuan untuk memperbaiki tisu-tisu vagina. Antara rawatan yang kami tawarkan adalah Petite Lady Rejuvenation, PK24 Rejuvenation dan Monalisa. Ia pasti kedengaran asing dan anda mungkin keliru mengenai pilihan-pilihan ini namun kami sudah menyediakan jadual perbandingan di bawah bagi membantu anda dalam membuat keputusan berdasarkan pelbagai aspek termasuk harga.
JENIS-JENIS RAWATAN REJUNEVASI FARAJ DI MALAYSIA (RINGGIT MALAYSIA)
PETITE LADY REJUVENATION | PK24 REJUVENATIONK24 REJUVENATION | MONALISA | |
HARGA | RM 2000 | RM 315 | RM 4500 |
PENERANGAN | Petite lady rejuvenation menggunakan laser Erbium untuk menggalakkan penghasilan kolagen di samping meningkatkan pengaliran darah ke kawasan terjejas. | PK24 rejuvenation adalah suatu cara memperbaiki kelonggaran faraj tanpa mengunakan kaedah pembedahan kerana ia boleh mengetatkan dinding faraj. | Monalisa menggunakan tenaga laser yang dipancarkan ke dinding vagina dimana haba daripada laser itu boleh menggalakkan pertumbuhan semula dan penebalan dinding faraj. |
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN | Kelebihan – Membantu masalah kencing tidak lawas – Mengetatkan dinding faraj bagi menjamin kepuasan seksual Kekurangan – Rawatan perlu diteruskan selama 8 hingga 12 bulan – Kesan rawatan tidak bersifat kekal | Kelebihan – Murah, selamat dan cepat – Tidak invasif Kekurangan – Tidak sesuai untuk semua orang | Kelebihan – Kesannya boleh kekal untuk waktu yang lama (10 bulan) Kekurangan – Semasa rawatan, pesakit mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan |
PERATUS KEJAYAAN | 70% | 50% | 60% |
MAKLUMAT TAMBAHAN | Sebelum memulakan rawatan, para wanita perlu memberitahu tentang maklumat kesihatan mereka kepada doktor secara lengkap. | Adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum penggunaan produk ini. | Sebelum memulakan rawatan, para wanita perlu memberitahu tentang maklumat kesihatan mereka kepada doktor secara lengkap. |
FAKTOR RISIKO | Petite Lady Rejuvenation secara amnya adalah satu prosedur yang selamat. Namun terdapat juga beberapa faktor risiko yang perlu diambil kira. Paling utama, wanita mengandung tidak digalkakkan untuk menjalani rawatan ini. Selain itu, bagi pesakit yang sedang mengalami jangkitan sebarang penyakit jantung dinasihatkan untuk tidak memilih prosedur ini. | Terdapat beberapa faktor risiko untuk PK24 Rejuvenation seperti sebarang jangkitan dan untuk pesakit yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah. Mereka tidak disarankan untuk melakukan rawatan ini. Selain itu, wanita mengandung juga dilarang daripada menggunakan produk ini. | Monalisa berhubungkait dengan beberapa faktor risiko seperti jangkitan dan penyakit jantung. Di samping itu, wanita mengandung sama sekali dilarang untuk menjalani prosedur ini. |
SKALA KESAKITAN | 5/10 | 1/10 | 5/10 |
MASA YANG DIAMBIL | 20 minit | – | 20 minit |
Kesimpulannya, anda tidak perlu untuk mencari di segenap tempat bagi melakukan rejuvenasi faraj. Kuala, Lumpur, Malaysia memiliki semuanya kerana ia adalah tempat dimana klinik-klinik kecantikan yang sudah dikenali ramai berkumpul seperti Nexus, Mediviron dan banyak lagi. Diharapkan agar kos rawatan yang telah ditunjukkan mampu membantu semua orang. Sudah tiba masanya bagi anda mengambil berat tentang kecantikan dalaman dan berusaha memperbaikinya.
Buku perundingan
Tinggalkan pesanan kepada kami dan kami lebih dari gembira untuk membuat temujanji konsultasi dengan doktor bertauliah kami atau kami akan hantar sebut harga untuk rawatan yang anda inginkan.
Ulasan
“Saya telah mengalami masalah dalam mengawal pembuangan air kecil selepas kelahiran anak kedua. Ia sangat memalukan! Setiap kali saya ketawa pastinya seluar saya akan turut basah. Saya kemudiannya melakukakn banyak senaman lantai pelvik dan ia dapat membantu. Namun rawatan ini yang membantu saya dalam membuang masalah tersebut sepenuhnya.”
“Adalah satu perkara yang meyakinkan apabila saya tidak perlu menjalani pembedahan bagi menyelesaikan masalah yang dialami. Dengan penggunaan laser rejuvenasi faraj, saya merasakan bahawa hubungan seks dengan suami sudah dapat diperbaiki dan paling penting sekali ia tidak mengambil masa yang lama! Saya semestinya mengesyorkan rawatan ini.”