HARGA UNTUK RAWATAN MENEGANGKAN WAJAH – ADAKAH IA BERBALOI? KLINIK NEXUS KUALA LUMPUR
Sebelum & Selepas
*Results May Vary
Buku perundingan
Tinggalkan pesanan kepada kami dan kami lebih dari gembira untuk membuat temujanji konsultasi dengan doktor bertauliah kami atau kami akan hantar sebut harga untuk rawatan yang anda inginkan.
Video Rawatan Menegangkan Wajah

Harga untuk menegangkan wajah –Adakah ia berbaloi? Klinik Nexus Kuala Lumpur
Adakah anda selalu menginginkan perubahan pada wajah tetapi seringkali menghadapi kekeliruan mengenai harganya? Usah gusar kerana di sini kami telah menyediakan perbandingan harga untuk prosedur yang anda idamkan. Untuk anda yang tidak mempunyai informasi mengenai perkara ini, penegangan wajah atau juga dikenali sebagai ‘facelift’ adalah proses penstrukturan semula bentuk wajah anda tanpa menggunakan pembedahan. Ia boleh dilakukan dengan bantuan ‘thread lifts’ atau bebenang, frekuensi radio, suntikan botoks, medispa dan juga laser. Dalam tulisan yang lalu kami telah memberitahu anda tentang pilihan klinik-klinik terbaik untuk prosedur ini di Kuala Lumpur dan kini kami akan menyediakan anda dengan perbandingan harga rawatan pula agar ianya dapat membantu anda dalam mengenalpasti pilihan yang tersedia.
JENIS-JENIS RAWATAN MENEGANGKAN WAJAH DI MALAYSIA (RINGGIT MALAYSIA)
PARAMETER | THREADLIFT | FREKUENSI RADIO | BOTOKS | MEDISPA |
Harga | Bermula daripada RM 2500 | Bermula daripada RM 1200 | Bermula daripada RM 800 | Bermula daripada RM 500 |
Penerangan | Pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya threadlift? Ia adalah suatu proses dimana bebenang yang boleh terurai dimasukkan ke dalam kulit anda menerusi suntikan untuk menegangkan kulit yang kendur, menggalakkan pertumbuhan kolagen dan melakukan kontur pada muka. Pembedahan dan ubat bius untuk kesuluruhan badan tidak digunakan. Ubat untuk mengebaskan kulit yang bertindak secara terhad sudah mencukupi. | Haba akan diletakkan pada kulit untuk mengurangkan kekenduran dan kedutan dengan meningkatkan pertumbuhan kolagen. Usah risau kerana haba tersebut adalah selamat dan tidak akan membakar atau melecurkan kulit anda. | Semua orang pasti tahu mengenai perkara ini. Namun, anda perlu melengkapkan diri anda dengan cara ianya berfungsi. Suntikan botoks adalah suntikan toksin yang telah diluluskan oleh FDA dimana ia boleh merehatkan otot-otot muka buat sementara waktu. Dengan itu, kulit muka anda akan menjadi licin dan seterusnya menghilangkan kedutan. | Nexus Aesthetic Medispa digunakan bersama mesin frekuensi radio untuk membantu dalam meninggikan kawasan ‘jawline’. |
Kelebihan dan kekurangan | Kelebihan: keputusan yang segera. Ia juga boleh dibuat pada mana-mana kawasan muka. Kekurangan: bengkak dan lebam mungkin akan muncul selepas prosedur. Ia juga boleh menjadi sangat mahal, bergantung kepada bilangan benang yang digunakan untuk mencapai keputusan yang diingini. | Kelebihan: tiada langsung waktu menunggu untuk mecapai keputusan. Prosedur ini juga mempunyai kesan sampingan yang minimum dan boleh dibuat ke atas semua jenis kulit. Kekurangan: mempunyai kadar kejayaan yang rendah dan memerlukan banyak sesi bagi mencapai hasil yang diidamkan Dari segi harga, ia mampu dibuat jika dibandingkan dengan pembedahan. Tiada masa diperlukan dan suntikan boleh dilaksanakan sebagai rawatan pesakit luar dan pelanggan boleh bekerja pada hari yang sama. | Kelebihan: Tidak memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan pada mana-mana bahagian muka. Kekurangan: reaksi allergic boleh terjadi terhadap suntikan toksin. Untuk sesetangah orang, otot muka boleh lumpuh sekiranya tidak dilakukan dengan betul. | Kelebihan: rawatan tidak memerlukan waktu menunggu dan boleh dilakukan secara mingguan. Kekurangan: hasil yang kurang memberangsangakn berbanding rawatan lain. Kekurangan: kulit mungkin akan menggelupas dan menjadi merah. Sesetengah orang juga boleh mendapat kesan sampingan terhadap rawatan. |
Peratusan kejayaan | 80% | 55% | 80% | 40% |
Kenyataan | Boleh dilakukan pada bila-bila masa, berbanding pembedahan pengubahan wajah tradisional. | Boleh dilakukan bersama prosedur yang lain seperti rawatan PRP. | Botoks boleh digunakan untuk mengubah wajah, mengurangkan kedutan malah mengurangkan peluh yang berlebihan. | Boleh dilakukan pada bila-bila masa, berbanding pembedahan penukaran wajah tradisional. |
Faktor risiko | 5/10 | 3/10 | 5/10 | 1/10 |
Skala Kesakitan | 7/10 | 2/10 | 2/10 | 1/10 |
Masa yang diambil | 30 hingga 45 minit, bergantung kepada bilangan bebenang. | 15 hingga 30 minit untuk satu sesi. | 15 hingga 30 minit untuk satu sesi. | 30 hingga 45 minit. |
BAHAGIAN-BAHAGIAN MUKA YANG BOLEH DIRAWAT DI MALAYSIA (RINGGIT MALAYSIA)
PARAMETER | MATA | PIPI |
Harga per sesi | Bermula daripada RM 800 per sesi | Bermula daripada RM 800 per sesi |
Penerangan | Prosedur pengubahan wajah di sekeliling mata kebanyakannya dilakukan dengan menggunakan suntikan botoks. Suntikan botoks boleh megurangkan kedutan dan ia mampu menegangkan kulit. | Untuk kawasan pipi, hasil terbaik boleh dicapai melalui penggunaan bebenang ataupun ‘threadlift’. Rawatan ini tidak bersifat invasif dan bertujuan untuk mengurangkan kekenduran dan lipatan pada kulit. Rawatan bebenang ini menggunakan benang isitimewa yang dimasukkan di kawasan yang terbabit dan menjadikan muka lebih tegang dan kelihatan baru. |
Kelebihan dan kekurangan | Kelebihan: rawatan ini tidak memerlukan masa yang lama dan boleh dibuat pada bila-bila masa dan pada mana-mana bahagian muka. Kekurangan: Terdapat kemungkinan untuk sesetengah orang mengalami kesan allergic terhadap toksin Botoks. Bagi kes yang lebih serius, otot muka boleh lumpuh jika tidak dilaksanakan dengan betul. | Kelebihan: hasil penggunaan bebenang adalah bersifat serta-merta. Ia juga boleh dilakukan pada mana-mana bahagian muka. Kekurangan: lebam dan bengkak boleh terjadi selepas prosedur. Prosedur ini juga boleh menjadi mahal, bergantung kepada bilangan bebenang yang digunakan bagi mencapai keputusan yang diidamkan. |
Peratusan kejayaan | 80% | 80% |
Kenyataan | Penyediaan yang sebaiknya dibuat oleh professional, yang sudah biasa dengan prosedur ini, perlu dilakukan dengan berhati-hati. | Boleh dilakukan pada bila-bila masa, berbanding pembedahan mengubah wajah tradisional. |
Faktor risiko | 5/10 | 5/10 |
Skala kesakitan | 3/10 | 7/10 |
Masa yang diambil | 15 hingga 30 minit per sesi. | 30 hingga 45 minit, bergantung kepada bilangan benang yang diperlukan. |
Masih ragu-ragu mengenai apa yang telah and baca, jangan risau kerana kami di Klinik Nexus Kuala Lumpur boleh membantu anda kerana kami telah berada dalam bidang kecantikan untuk waktu yang lama. Kami juga adalah antara pelopor kepada pelbagai prosedur yang telah dinyatakan di atas. Adalah lebih mudah untuk anda mendapatkan nasihat kami secara bersemuka bagi memastikan permintaan dan impian anda dapat kami penuhi. Anda boleh sentiasa berbincang mengenai harga rawatan kerana terdapat banyak pakej bayaran yang disediakan. Anda juga boleh melayari laman web kami iaitu www.mediviron-uoa.com atau menghubungi kami di talian +60172163569.
Sebelum & Selepas
*Results May Vary
Buku perundingan
Tinggalkan pesanan kepada kami dan kami lebih dari gembira untuk membuat temujanji konsultasi dengan doktor bertauliah kami atau kami akan hantar sebut harga untuk rawatan yang anda inginkan.
Ulasan
“Saya sentiasa bersifat skeptikal apabila kawan saya mencadangkan saya untuk melakukan thread lift. Lebih-lebih lagi ia adalah rawatan yang terbaru dan jika dibandingkan dengan cara normal, saya beranggapan bahawa ia mungkin tidak akan memberikan sebarang hasil. Namun saya tetap melakukannya dan saya berasa gembira. Ia tidak mengambil masa yang lama dan hasilnya dapat saya lihat dengan segera.”
“Saya hilang banyak berat badan pada tahun lepas dan perkara yang paling memeranjatkan saya adalah kulit yang kendur akibat perkara tersebut. Saya mahu tahu apa yang boleh dilakukan. Saya tidak ingin untuk menjalani sebarang pembedahan dan saya dinasihatkan untuk mencuba thread lift. Tiada perasaan menyesal menyelubungi saya dan saya hanya boleh katakan yang doktor saya adalah seorang professional.”