Kos Penyingkiran Bulu badan menggunakan Laser secara Kekal – Adakah ia berbaloi? Klinik Nexus Kuala Lumpur
Sebelum & Selepas
*Results May Vary
Buku perundingan
Tinggalkan pesanan kepada kami dan kami lebih dari gembira untuk membuat temujanji konsultasi dengan doktor bertauliah kami atau kami akan hantar sebut harga untuk rawatan yang anda inginkan.
Video Kos Penyingkiran Bulu badan menggunakan Laser secara Kekal

Adakah anda mengidamkan kulit licin tanpa rambut yang sempurna? Penat dengan “waxing” dan “threading” sepanjang masa? Terdapat jalan penyelesaian untuk masalah anda ini. Penyingkiran bulu badan menggunakan laser secara kekal adalah kaedah pembuangan bulu badan yang tidak diingini dari mana-mana bahagian badan anda menggunakan laser. Proses ini melibatkan pembakaran folikel rambut dan menghalang pertumbuhannya. Salah satu isu yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah ini adalah mereka tidak dapat mencari klinik yang melakukan prosedur penyingkiran bulu badan menggunakan laser secara kekal yang terbaik di Kuala Lumpur. Oleh itu kami telah menyediakan senarai yang mungkin anda perlukan. Senarai ini juga menyatakan kos untuk rawatan bagi kawasan badan yang berlainan serta kebaikan dan keburukan pembuangan bulu badan menggunakan laser secara kekal. Kami berharap jadual perbandingan ini dapat membantu anda membuat pilihan ninja casino.
BAHAGIAN BADAN YANG BOLEH DIRAWAT MENGGUNAKAN PRP DI MALAYSIA (RINGGIT MALAYSIA)
Seluruh wajah | Seluruh kaki | Ketiak | Seluruh lengan | Seluruh belakang badan | |
Kos / Sesi | RM 350 | RM 850 | RM 350 | RM 520 | RM 520 |
Deskripsi | Klinik Nexus menggunakan Candela Gentle YAG laser untuk rawatan bagi penyingkiran rambut secara kekal. Rambut yang tidak dikehendaki di sekitar bibir, dagu, dahi dan leher dapat disingkirkan dengan berkesan. | Penyingkiran rambut laser secara kekal dilakukan untuk kedua-dua belah kaki sehingga paras lutut atau sehingga garis bikini (pangkal paha). | Clinic Candela Gentle YAG Laser berkesan membuang folikel rambut secara tetap dan membantu menghalang pertumbuhan rambut di bawah kulit (ingrown hair) yang mungkin dialami dengan pilihan-pilihan penyingkiran rambut yang lain. | Laser digunakan untuk menghapuskan folikel rambut secara kekal dengan memanaskan pigmen folikel rambut. Namun, ia tidak akan mengubah warna kulit di kawasan yang dirawat. | Salah satu klinik yang terbaik di Kuala Lumpur, Malaysia untuk penyingkiran rambut laser secara kekal ialah Klinik Aestetik Nexus. Mereka menyediakan perkhidmatan laser sama ada bagi separuh atau sebahagian kawasan belakang badan bergantung kepada permintaan pelanggan. |
Kebaikan dan keburukan | Kebaikan: Rambut yang tumbuh di muka akan hilang dan mengurangkan jerawat. Dari sesi pertama, pengurangan rambut yang ketara dapat dilihat. Keburukan: Anda tidak boleh “wax” atau “epilate” rambut di wajah buat sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum terapi laser supaya kulit anda akan berasa kasar dan berambut sebelum rawatan. | Kebaikan: Oleh kerana kaki dilindungi dengan rambut yang tebal, rawatan laser akan lebih berkesan. Warna rambut yang lebih gelap juga membolehkan rawatan ini menjadi lebih berkesan. Keburukan: Kawasan permukaan kaki yang luas bermaksud lebih banyak sesi akan diperlukan dan ini seterusnya menaikkan kos rawatan scara keseluruhan. | Kebaikan: Ia boleh digunakan untuk menyingkirkan 80% rambut secara kekal. Laser ini juga berkesan bagi semua warna dan jenis kulit yang berbeza. Keburukan: Prosedur ini mungkin akan menyebabkan kesakitan. Ia mungkin lebih mahal kerana anda mungkin memerlukan beberapa sesi sebelum rambut boleh disingkirkan sepenuhnya. | Kebaikan: Oleh sebab kawasan permukaan ini adalah lebih kecil, jumlah sesi yang diperlukan mungkin lebih sedikit dan kosnya akan menjadi lebih murah. Rambut di bawah permukaan kulit (ingrown hairs) juga boleh dirawat dengan prosedur ini. Keburukan: Helaian rambut pada lengan adalah lebih halus maka keberkesanan laser adalah sedikit lebih rendah. Kulit di kawasan ini adalah lebih sensitif dan tahap kesakitan juga lebih tinggi. | Kebaikan: Tahap sensitif yang lebih rendah menjadikan rawatan laser di kawasan ini kurang menyakitkan. Keburukan: Helaian rambut yang lebih halus membuatkan terapi laser menjadi kurang berkesan dan kawasan permukaan yang lebih besar di belakang bermaksud lebih banyak sesi dan kos yang akan diperlukan. |
Kadar kejayaan | 75% | 80% | 80% | 75% | 80% |
Nota tambahan | Sebelum prosedur ini, pesakit disarankan mencukur kawasan sasaran dengan sepenuhnya 1-2 hari sebelum prosedur | Sebelum prosedur ini, pesakit disarankan mencukur kawasan sasaran dengan sepenuhnya 1-2 hari sebelum prosedur | Sebelum prosedur ini, pesakit disarankan mencukur kawasan sasaran dengan sepenuhnya 1-2 hari sebelum prosedur | Sebelum prosedur ini, pesakit disarankan mencukur kawasan sasaran dengan sepenuhnya 1-2 hari sebelum prosedur | Sebelum prosedur ini, pesakit disarankan mencukur kawasan sasaran dengan sepenuhnya 1-2 hari sebelum prosedur |
Faktor risiko | 1/10 | 1/10 | 1/10 | 1/10 | 1/10 |
Tahap kesakitan | 5/10 | 5/10 | 5/10 | 5/10 | 5/10 |
Tempoh masa bagi rawatan | 15-20 minit | 30-45 minit | 15 minit | 30-45 minit | 30 minit |
Adalah lebih baik untuk anda berunding dengan seorang doktor sebelum membuat sebarang keputusan. Klinik Aestetik Nexus, salah satu klinik aestetik yang terkenal di Kuala Lumpur, menyediakan perkhidmatan rawatan laser bagi kesemua bahagian badan yang disenaraikan di atas serta kawasan badan lain yang anda kehendaki secara khusus. Nexus adalah salah satu klinik terbaik di Kuala Lumpur bagi rawatan penyingkiran bulu badan dengan laser secara kekal. Anda boleh menghubungi atau melayari laman web kami di www.nexus-clinic.com dan memanggil klinik Nexus untuk membuat temu janji di + 6017-2163 569.
Sebelum & Selepas
*Results May Vary
Buku perundingan
Tinggalkan pesanan kepada kami dan kami lebih dari gembira untuk membuat temujanji konsultasi dengan doktor bertauliah kami atau kami akan hantar sebut harga untuk rawatan yang anda inginkan.
Ulasan
“Saya telah mendapat hasil yang sangat baik daripada rawatan penyingkiran bulu badan dengan laser yang telah dilakukan pada kaki, ketiak, muka dan bahagian bikini saya. Saya merupakan pelanggan lama Klinik Aestetika Nexus dan telah merujuk ramai rakan dan ahli keluarga saya kepada klinik ini. Kakitangannya adalah sangat peramah dan profesional! Saya selalu mendapat perkhidmatan yang amat bagus sekali.”
“Baru-baru in, saya telah mengunjungi Klinik Aestetik Nexus untuk penyingkiran bulu badan dengan laser dan telah mendapat pengalaman yang amat hebat. Mereka telah melakukan rawatan yang bagus, kakitangannya adalah profesional,amat prihatin dan kemudahan-kemudahannya juga amat baik. Sudah pastinya saya akan kembali jika saya memerlukan perkhidmatan lain dan saya amat mengesyorkan klinik ini kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan aestetik. Terima kasih Nexus.”