RAWATAN PENURUNAN BERAT BADAN – ADAKAH RAWATAN INI BERBALOI? KLINIK NEXUS KUALA LUMPUR
Sebelum & Selepas
*Results May Vary
Buku perundingan
Sentiasa takut akan idea tentang rawatan laser dan fikir ia adalah menyakitkan dan berbahaya? Fikirkan semula. Laser Fraxel adalah salah satu rawatan laser terbaik dan selamat yang digunakan untuk parut, kecederaan, pigmentasi dan tona kulit yang tidak sekata. Ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Terdapat banyak klinik di Kuala Lumpur yang menyediakan perkhidmatan ini, jadi untuk memudahkan anda membuat pilihan, kami telah menyenaraikan 5 klinik laser fraxel yang paling popular di Kuala Lumpur, Malaysia. Kami juga telah melampirkan jadual perbandingan kesan laser fraxel untuk keadaan kulit yang berbeza dan kos bagi setiap rawatan.
Video Rawatan Penurunan Berat Badan

Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia adalah terkenal dengan kehidupan bandar yang sibuk dan pelbagai jenis makanan enak yang menjadi tarikan para pelancong. Namun demikian, ramai orang yang tidak tahu bahawa Kuala Lumpur juga merupakan pusat kecantikan yang terkenal di Asia Tenggara. Fakta ini mungkin akan mengejutkan sesetengah orang tetapi di Kuala Lumpur terdapat banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan kecantikan bertaraf antarabangsa. Pakar-pakar kecantikan yang berkhidmat di klinik-klinik tersebut adalah berpengalaman serta mempunyai kemahiran tinggi dan mereka telah berjaya menarik perhatian orang ramai. Pada zaman ini, rawatan penurunan berat badan atau weight loss treatment merupakan rawatan yang popular. Setiap orang berharap agar mereka boleh menguruskan badan dengan cepat tanpa bekerja keras. Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh digunakan untuk meguruskan badan seperti Coolsculpting, HCG, Mesolipo, Liposculpture dan sebagainya. Pilihan yang banyak ini boleh menyebabkan kekeliruan tentang pilihan yang paling sesuai untuk anda. Namun begitu, usah risau kerana kami telah menyediakan satu senarai yang memberi maklumat tentang kos dan ciri-ciri bagi setiap jenis rawatan penurunan berat badan. Kami berharap agar maklumat ini akan berguna kepada anda semasa anda membuat pilihan.
JENIS-JENIS RAWATAN PENURUNAN BERAT BADAN DI MALAYSIA (RINGGIT MALAYSIA)
Jenis Rawatan | Coolsculpting | HCG | Mesolipo (Fat Melting Injections) | Liposculpture |
Kos (satu sesi) | Bermula dari RM 1800 untuk satu sesi | Bermula dari RM 2300 untuk pakej selama 23 hari | Bermula dari RM 600 untuk satu suntikan | Bermula dari RM 13,400 untuk satu rawatan dan harga adalah bergantung pada sasaran bahagian badan |
Penjelasan | Coolsculpting merupakan sejenis rawatan tanpa pembedahan yang digunakan untuk membekukan dan memusnahkan sel-sel lemak di dalam badan. Rawatan ini juga dikenali dengan nama “Cryolipolysis”. Coolsculpting dikenali sebagai cara yang lebih mudah dan cepat untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, dagu, paha dan sebagainya. | HCG atau human chorionic gonadotrophin ialah sejenis hormon yang akan dihasilkan dengan kuantiti yang lebih banyak oleh ibu mengandung. Rawatan HCG membantu menguruskan badan dengan meningkatkan kadar metabolisma badan untuk membakar lemak berlebihan. | Mesolipo merupakan sejenis rawatan yang kurang invasif. Dalam rawatan ini, suntikan akan diberi untuk mencairkan lemak di dalam badan. Suntikan-suntikan tersebut mengandungi pelbagai bahan yang merangkumi agen farmasutikal, ubat homeopati, pati tumbuhan dan vitamin serta zat mineral untuk mencairkan lemak. | Liposculpture merupakan sejenis rawatan yang digunakan untuk membuang lemak badan agar bentuk badan akan kelihatan lebih menarik. Dalam kata lain, rawatan ini ialah sejenis kaedah untuk menghasilkan kontur badan yang lebih cantik. |
Kebaikan | Rawatan ini telah mendapat kelulusan daripada FDA. Oleh itu, rawatan ini adalah selamat dan berkesan. Satu sesi rawatan ini hanya mengambil masa satu jam dan pesakit boleh kembali kepada aktiviti harian mereka serta-merta selepas menjalani rawatan. | Rawatan ini diberi secara suntikan dan pembedahan adalah tidak diperlukan. Kesakitan melalui rawatan ini adalah sangat minima atau tiada. Selepas mengambil suntikan, pesakit boleh kembali kepada aktiviti harian mereka serta-merta. | Rawatan ini diberi secara suntikan dan pembedahan adalah tidak diperlukan. Kesakitan melalui rawatan ini adalah sangat minima atau tiada. Selepas mengambil suntikan, pesakit boleh kembali kepada aktiviti harian mereka serta-merta. | Rawatan ini adalah kurang invasif. Ubat bius akan digunakan pada bahagian badan yang perlu sahaja. Kadar pemulihan selepas rawatan adalah cepat kerana kadar komplikasi rawatan ini adalah rendah. Yang paling penting ialah rawatan ini tidak melibatkan sebarang pemotongan atau jahitan kulit. |
Keburukan | Rawatan ini hanya boleh membuang sebahagian kecil daripada lemak badan sahaja. Rawatan ini juga akan menyebabkan lebam dan bengkak di bahagian badan yang dirawat selepas prosedur rawatan selesai. | Pesakit harus mematuhi diet pemakanan yang ketat serta menjalankan senaman kerap agar penurunan berat badan boleh berlaku. | Bahagian badan yang disuntik boleh mengalami kemerahan, bengkak dan lebam. | Bergantung pada bahagian badan yang dirawat, pesakit boleh mengalami kesakitan untuk jangka masa yang agak panjang. Lebih besar bahagian badan yang dirawat, lebih banyak kesakitan yang akan dialami. |
Kadar keberkesanan | Coolsculpting hanya akan mengurangkan lemak di bahagian badan seperti perut, lengan dan paha. Rawatan ini tidak akan menurunkan berat badan. | Rawatan ini adalah berkesan terutamanya kepada pesakit yang berdisiplin kerana pesakit harus patuh kepada diet yang ketat dan menjalankan senaman yang kerap. | Mesolipo mengambil masa yang agak lama untuk berkesan kerana ubat suntikan mengambil masa untuk berfungsi. Dalam masa beberapa bulan, kesan positif rawatan ini akan muncul dan rawatan ini boleh membantu pesakit menurunkan berat badan. | Liposculpture merupakan rawatan yang sangat berkesan. Rawatan ini boleh membuang lemak di seluruh badan. |
Catatan lain | Rawatan ini adalah sesuai untuk orang yang ingin membuang lemak degil di bahagian badan yang tertentu sahaja. Jika pesakit ingin membuang lemak badan yang banyak, kesan rawatan ini adalah kurang memuaskan. | Suntikan HCG harus diikuti dengan pelan diet pemakanan ketat yang diberi oleh doktor. | Rawatan ini adalah kurang sesuai untuk orang berumur 50 tahun dan ke atas kerana ia adalah berisiko untuk golongan tersebut. | Kesan yang paling baik adalah diperoleh melalui gabungan rawatan ini dengan pelan diet dan senaman yang kerap selepas menjalani rawatan ini. |
Faktor-faktor berisiko | Secara amnya, Coolsculpting merupakan rawatan yang selamat kerana rawatan ini tidak invasif. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang harus diambil perhatian sebelum memulakan rawatan. Pertamanya, wanita mengandung tidak digalakkan untuk menjalankan rawatan ini. Kedua, orang yang menghidap kondisi cryoglobulinaemia tidak digalakkan mendapatkan rawatan ini kerana kondisi sejuk semasa rawatan akan menyebabkan penghasilan protein yang mendadak dalam darah pesakit. Ketiga, orang yang menghidap kondisi cold agglutinin tidak digalakkan mendapatkan rawatan ini kerana kondisi sejuk semasa rawatan boleh membunuh sel-sel merah mereka dan menyebabkan maut. Keempat, rawatan ini adalah tidak sesuai untuk orang yang mengalami masalah saraf akibat kencing manis. | Rawatan HCG untuk menurunkan berat badan boleh menyebabkan malnutrisi. Hal ini demikian kerana pesakit perlu mengikuti diet pemakanan yang ketat selepas rawatan. Akibatnya, pesakit mungkin akan mengalami kekurangan nutrien di dalam badan. Selain itu, risiko untuk menghidap penyakit batu hempedu akan meningkat. Rawatan ini juga telah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular. | Mesolipo adalah tidak sesuai digunakan oleh pesakit yang mengalami kondisi seperti hepatitis C, HIV, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit kelenjar tiroid, barah dan masalah perdarahan. Rawatan ini adalah tidak digalakkan bagi golongan wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak. | Liposculpture adalah berisiko bagi mereka yang lebih berusia. Pesakit perlu mengikut had usia yang ditetapkan dan pesakit yang terlalu muda atau terlalu tua tidak digalakkan menjalani rawatan ini. Selain itu, hanya peskait yang memenuhi had BMI yang ditetapkan boleh menerima rawatan ini. Faktor-faktor seperti merokok dan kencing manis juga akan diambil kira sebelum menentukan sama ada pesakit adalah sesuai menerima rawatan ini. |
Kadar kesakitan | 3/10 | 1/10 | 1/10 | 3/10 |
Jangka masa | Satu sesi rawatan biasanya mengambil masa satu jam tetapi ia adalah bergantung kepada saiz bahagian badan yang dirawat. | Masa yang diambil adalah pendek kerana rawatan ini diberi dalam bentuk suntikan. Kesan positif rawatan ini hanya akan muncul selepas beberapa bulan. | Suntikan ubat hanya akan mengambil masa beberapa minit. Kesan positif rawatan ini hanya akan muncul selepas beberapa bulan. | Satu sesi rawatan boleh mengambil masa 2 jam dan ia adalah bergantung kepada saiz bahagian badan yang dirawat. |
BAHAGIAN BADAN UNTUK RAWATAN PENURUNAN BERAT BADAN DI MALAYSIA (RINGGIT MALAYSIA
Bahagian Badan | Penurunan Berat Badan Secara Am | Perut | Tepi Pinggang (Love Handles) | Dagu Berlapis (Double Chin) | Bahagian Belakang dan Bahagian Baju Dalam | Paha | Bahagian Dada Lelaki | Lengan |
Kos (satu sesi) | RM 34000 | RM 8000 | RM 3000 | RM 3000 | RM 9500 | RM 1000 | RM 1000 | RM 4500 |
Penjelasan | Coolsculpting ialah rawatan yang paling berkesan untuk penurunan berat badan secara umum. Rawatan HCG juga boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. | Mesolipo ialah rawatan yang paling berkesan. Coolsculpting, Liposculpture dan HCG boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. | Mesolipo dan HCG boleh menurunkan berat badan. Coolsculpting dan Liposculpture bileh membantu membuang lemak berlebihan di bahagian pinggang. | Rawatan Thermage, Coolsculpting, Skin Resurfacing, Belkyra dan Photoregenration merupakan rawatan yang tidak invasif dan semua rawatan tersebut adalah sesuai untuk membuang dagu berlapis. | Coolsculpting dan Liposculpture merupakan kaedah-kaedah terbaik untuk membuang lemak di bahagian belakang. | Rawatan Coolsculpting, Mesolipo dan Liposculpture tidak pernah gagal untuk membuang lemak di bahagian belakang. | Rawatan Coolsculpting, Mesolipo dan Liposculpture merupakan rawatan yang berkesan untuk membuang lemak di bahagian dada. | Rawatan Mesolipo boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Coolsculpting dan Liposculpture ialah pilihan baik untuk membuang lemak di bahagian lengan. |
Kebaikan | Pesakit akan berasa lebih yakin dengan bentuk badan mereka. Ia juga merupakan satu cara untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat. | Rawatan ini membantu membentuk imej otot atau “six-pack” yang lebih jelas di bahagian perut. | Lemak degil di bahagian pinggang boleh dibuang dan badan akan dibentuk kearah penampilan yang lebih menarik. | Badan akan kelihatan lebih langsing dan dagu akan nampak lebih tajam. Rawatan juga akan menegangkan kulit agar kulit kelihatan lebih ketat dan berseri. | Badan akan nampak lebih menarik terutamanya semasa memakai pakaian yang lebih ketat. | Tiada lagi kesakitan yang berpunca daripada paha yang bergeser antara satu sama lain. | Pembuangan lemak di bahagian dada akan membentuk penampilan yang bersifat lebih kelakian. | Lengan akan kelihatan lebih langsing dan bertona. |
Keburukan | Jika pesakit tidak mengamalkan diet pemakanan yang sihat selepas rawatan, berat badan boleh meningkat secara mendadak semula. | Lemak yang boleh dibuang adalah terhad dan tidak mencukupi untuk menghasilkan bentuk badan yang langsing. | Rawatan mungkin tidak mampu memberikan tona yang secukupnya dan bahagian badan tersebut tidak akan kelihatan menarik. | Selepas menjalankan rawatan, pesakit mungkin mengalami masalah untuk menelan atau masalah urat saraf. | Rawatan boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak pada bahagian badan yang dirawat. | Satu sesi rawatan sahaja mungkin tidak mencukupi untuk membuang lemak sepenuhnya. Beberapa sesi mungkin diperlukan untuk kesan yang terbaik. | Otot-otot di bahagian dada mungkin tercedera semasa proses rawatan. Hal ini akan menyebabkan kesusahan untuk menggunakan otot-otot tersebut. | Jika jumlah lemak di bahagian lengan adalah banyak, satu sesi mungkin tidak mencukupi. Beberapi sesi mungkin diperlukan untuk kesan yang terbaik. |
Kadar keberkesanan | Kadar berkesanan adalah sebanyak 70%. Banyak pesakit telah memberi ulasan yang baik selepas mencuba rawatan tersebut. | Kadar berkesanan adalah sehingga 65% tetapi terdapat sesetengah pesakit yang membuat aduan tentang keberkesana rawatan ini. | Lemak degil di bahagian ini memerlukan beberapa sesi untuk dibuang sepenuhnya. Kadar keberkesanan adalah sehingga 84%. | Rawatan ini terbukit berkesan untuk ramai pesakit. Kadar keberkesanan adalah sehingga 87%. | Rawatan yang boleh digunakan untuk merawat bahagian ini adalah terhad. Oleh itu, kadar keberkesanan adalah hanya sehingga 34%. | Bahagian ini merupakan salah satu bahagian badan yang paling sering menerima rawatan. Kadar keberkesanan adalah sehingga 88%. | Bahagian ini merupakan salah satu bahagian badan yang paling sering menerima rawatan terutamanya bagi golongan lelaki. Kadar keberkesanan adalah sehingga 77%. | Bahagian ini jarang dirawat. Oleh itu, kadar keberkesanan adalah hanya sehingga 43%. |
Catatan lain | Gabungan rawatan dengan diet pemakanan yang sihat serta senaman kerap adalah dicadangkan untuk memperoleh kesan terbaik. | Rawatan boleh menyebabkan tanda-tanda pudar pada kulit tetapi tanda-tanda ini akan hilang dengan sendiri. | Beberapa sesi mungkin diperlukan untuk mencapai kesan yang terbaik. | Semasa berbincang dengan doktor, doktor akan menyatakan kesan sampingan yang boleh dialami selepas rawatan seperti kesusahan menelan atau masalah urat saraf. | Beberapa sesi mungkin diperlukan untuk mencapai kesan yang terbaik. Pemakaian baju dalam adalah tidak digalakkan sehingga bahagian yang dirawat sembuh sepenuhnya. | Pesakit harus berehat secukupnya selepas menjalani rawatan dan mereka tidak digalakkan untuk berjalan terlalu banyak untuk beberapa hari. | Rawatan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan yang akan hilang selepas beberapa hari. | Beberapa sesi mungkin diperlukan untuk menghasilkan bentuk yang lebih menarik pada bahagian lengan. |
Faktor-faktor berisiko | Pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular, kencing manis atau darah tinggi tidak digalakkan untuk menerima rawatan ini. Ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawata. | Pesakit yang mengalami masalah kekurangan zat, kencing manis atau penyakit kardiovaskular adalah tidak sesuai menerima rawatan ini. Ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawata. | Pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular, kencing manis atau darah tinggi tidak digalakkan untuk menerima rawatan ini. Ibu yang mengandung atau sedang menyusu badan juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawata. | Golongan yang tidak digalakkan untuk menerima rawatan ini ialah pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular, kencing manis atau darah tinggi Ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawatan. | Pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular, kencing manis atau darah tinggi tidak digalakkan untuk menerima rawatan ini. Ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawatan. | Pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular, kencing manis atau darah tinggi perlu berhati-hati sebelum memulakan rawatan. Ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawatan. | Pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular, kencing manis atau darah tinggi perlu berhati-hati sebelum memulakan rawatan. Ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawatan. | Pesakit yang mengalami penyakit kardiovaskular, kencing manis atau darah tinggi tidak digalakkan untuk menerima rawatan ini. Ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak juga tidak digalakkan untuk mendapatkan rawatan. |
Kadar kesakitan | 4/10 | 5/10 | 6/10 | 5/10 | 6/10 | 5/10 | 4/10 | 2/10 |
Jangka masa | Beberapa jam | Beberapa minit hingga beberapa jam | Beberapa minit hingga beberapa jam | Beberapa minit hingga beberapa jam | Beberapa minit hingga beberapa jam | Beberapa minit hingga beberapa jam | Beberapa minit hingga beberapa jam | Beberapa minit hingga beberapa jam |
Kesimpulanya, penurunan berat badan adalah di hujung jari anda sahaja. Terdapat pelbagai jenis rawatan-rawatan untuk penurunan berat badan yang ditawarkan oleh Klinik Nexus atau Klinik Mediviron berdekatan anda. Oleh itu, lebih banyak orang berpeluang menerima rawatan untuk menguruskan badan dengan mudah. Jika anda ingin membuang lemak degil di bahagian badan anda, kami bersedia untuk membantu anda. Selepas membaca maklumat tentang kaedah-kaedah penurunan berat badan di atas, kami yakin bahawa anda lebih berminat untuk mencuba rawatan-rawatan ini. Doktor-doktor kami sentiasa bersedia untuk bertemu dan berbincang dengan anda.
Sebelum & Selepas
*Results May Vary
Buku perundingan
Tinggalkan pesanan kepada kami dan kami lebih dari gembira untuk membuat temujanji konsultasi dengan doktor bertauliah kami atau kami akan hantar sebut harga untuk rawatan yang anda inginkan.
Ulasan
“Pesakit tersebut telah mengalami masalah berdengkur dan masalah tidur untuk jangka masa yang lama. Isteri pesakit telah mendapati bahawa pesakit sering berdengkur kuat dan pesakit sentiasa berasa letih pada waktu siang. Pesakit telah bertemu dengan kami dan kami telah memberitahu pesakit bahawa beliau perlu menurunkan berat badan. Pesakit telah menerima rawatan HCG dan beliau berjaya membuang berat badan sebanyak 30 paun dalam masa 40 hari. Sekarang beliau menyatakan bahawa beliau berasa sangat bertenaga setiap hari dan masalah berdengkur beliau telah hilang sepenuhnya. Pesakit sangat menghargai bantuan kami dalam membantu beliau mengatasi masalah perubatannya.”
“Saya akan berkahwin pada tahun depan tetapi saya masih tidak dapat menurunkan berat badan berlebihan semasa saya belajar. Saya telah menjalani satu sesi Coolsculpting dan sekarang saya mendapati bahawa bahagian pinggang dan paha saya telah menjadi lebih langsing. Walaupun saya belum berjaya menurunkan berat badan saya tetap berpuas hati dengan kesan-kesan positif daripada rawatan tersebut. Saya akan menjalani rawatan kedua pada bulan depan dan saya berharap saya boleh memakai pakaian bersaiz 2 selepas rawatan tersebut!”
VIDEO RAWATAN PENURUNAN BERAT BADAN
Juga Dicari
Pelan pemakanan HCG untuk 21 hari
Pelan pemakanan HCG 500 kalori
Pembuangan toxin untuk menurunkan berat badan dengan cepat
Harga suntikan HCG di Malaysia 2017
Harga diet HCG
Pengalaman diet HCG
Diet HCG Kuala Lumpur, Malaysia
Suntikan HCG untuk kurus
Zeltiq Coolsculpting
Pembekuan lemak
Pembekuan sel-sel lemak
Pelangsingan badan
Coolsculpting di Kuala Lumpur, Malaysia
Coolsculpting oleh Zeltiq