Melebatkan Rambut Dengan Suntikan PRP

Buat temujanji dengan kami
Kawasan Rawatan
Rambut
Sesi Yang Diperlukan
1 Hingga 8 Sesi
Tempoh Rawatan
45 Minit Hingga 1 Jam
Doktor
Dr. Jasmine
Apakah itu PRP?
PRP dari segi bahasa bermaksud ‘plasma kaya platelet’. Ia merupakan bahan yang mengandungi kandungan platelet yang tinggi dan boleh digunakan di dalam beberapa kaedah rawatan perubatan. Darah manusia terdiri daripada pelbagai jenis sel-sel dan cecair badan seperti plasma, platelet, sel darah merah dan sel darah putih. Platelet memainkan peranan penting di dalam proses pembekuan darah untuk mencegah pendarahan yang serius.
Platelet juga mengandungi sekumpulan protein yang dikenali sebagai Growth Factor (“Faktor Pertumbuhan”). Mengikut kajian, Growth Factor memainkan peranan yang penting dalam membantu dan merangsang proses penyembuhan tubuh badan seperti kecederaan tendon. Walaupun penyelidikan saintifik masih lagi berada di dalam peringkat awal, PRP telah menunjukkan keputusan yang baik untuk digunakan di dalam meningkatkan kadar pertumbuhan rambut.
Apakah itu Platelet Rich Plasma Therapy?
Terapi platelet kaya plasma (PRP Theraphy) pula merupakan aplikasi di dalam penggunaan rawatan PRP untuk merangsang pertumbuhan tisu bagi tujuan yang berbeza seperti rambut. Di dalam rawatan keguguran rambut, PRP akan disuntik ke dalam kulit kepala untuk merangsang folikel rambut yang memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut.
Folikel rambut mengandungi sel stem. Sel stem adalah sejenis sel yang yang boleh menghasilkan sel-sel yang baru. Dengan bantuan PRP Theraphy, sel stem ini akan berkembang dengan menghasilkan unit-unit folikel yang baru. Kadar kandungan Growth Factor yang tinggi di dalam PRP juga akan turut membantu di dalam penyembuhan dan pertumbuhan tisu-tisu baru.
PRP juga dipercayai mampu meningkatkan jumlah saluran darah yang baru dan secara tidak langsung akan meningkatkan kesuburan kawasan kulit tersebut dengan nutrien penting yang diperlukan di dalam proses penumbuhan rambut baru.
Bagaimanakah PRP berfungsi?
Fakta yang menarik tentang PRP Theraphy ini ialah, PRP yang digunakan diperoleh daripada tubuh pesakit sendiri. Seperti yang telah dinyatakan, platelet merupakan salah satu daripada komponen darah. Platelet ini akan diekstrak daripada darah pelanggan sendiri dan akan dikembalikan semula kepada tubuh badan pada lokasi yang berbeza. Oleh kerana platelet yang digunakan ini berasal daripada tubuh badan sendiri, maka kesan sampingan seperti tindak balas badan terhadap penolakan kepada sel-sel terapi ini tidak akan berlaku
Jadi, bagaimana terapi PRP dilakukan?
PRP Theraphy terdiri daripada dua bahagian utama.
Pertama
Darah akan diambil melalui prosedur venipuncture. Ini adalah prosedur biasa yang digunakan untuk mengambil sampel darah di dalam pemeriksaan kesihatan. Prosedur ini melibatkan penggunaan jarum untuk menarik darah daripada salurannya. Jumlah darah yang diambil cumalah sedikit dan hanya jarum kecil yang akan digunakan di dalam proses ini.
Sampel darah yang telah diambil ini akan dimasukkan ke dalam mesin ‘centrifuge’ yang akan mengasingkan komponen-komponen di dalam darah. Sampel ini akan diputarkan pada kelajuan yang sangat tinggi dan ia akan memisahkan plasma daripada sel-sel darah yang lain dengan proses pemendapan. Plasma yang mengandungi kandungan platelet yang pekat ini akan diambil dan bahan inilah yang akan digunakan di dalam rawatan PRP Theraphy.
Kedua
Setelah PRP diperoleh, ia akan disuntik terus ke dalam kulit kepala yang telah dikenalpasti untuk proses pertumbuhan rambut menggunakan microneedle (jarum yang kecil). Beberapa suntikan akan diberikan di dalam satu sesi yang sama. Suntikan ini tidaklah terlalu sakit, penerima hanya akan berasa sedikit tidak selesa. Satu sesi biasanya akan mengambil masa selama satu jam.
Apakah kelebihan PRP dalam merawat keguguran rambut?
Kelebihan menggunakan kaedah rawatan PRP berbanding kaedah penanaman rambut yang biasa ialah rawatan ini tidak melibatkan prosedur pembedahan yang invasif. Tiada persediaan khas yang diperlukan sebelum prosedur dan tidak akan ada ‘downtime’ yang diperlukan selepas prosedur selesai. Oleh itu, ianya amat sesuai untuk digunakan bagi seseorang yang mempunyai kekangan masa yang terhad.
Sumber plasma kaya platelet juga diperolehi daripada tubuh pesakit sendiri. Ia akan memastikan bahawa rawatan ini akan diterima baik oleh tubuh dan suntikan tidak akan dianggap sebagai badan asing. Hal ini akan mengurangkan risiko tindak balas yang tidak diingini terhadap prosedur.
Siapakah yang boleh menjalani terapi PRP?
PRP Theraphy sesuai untuk semua gologngan kerana ia adalah sebuah prosedur yang berisiko rendah. Ia boleh digunakan untuk lelaki dan wanita. Ia amat berguna bagi mereka yang tidak mahu menjalani prosedur yang rumit seperti menanam rambut. Kami bersedia untuk membantu serta menjelaskan kepada anda berkaitan hal-hal yang meragukan anda mengenai rawatan ini.
Fakta yang menarik mengenai PRP ialah, rawatan ini tidak terhad untuk digunakan di dalam rawatan keguguran rambut sahaja, tetapi ia juga boleh aplikasikan di dalam bahagian lain dalam bidang perubatan. Ia termasuk:
- Osteoarthritis: Sakit yang disebabkan oleh penuaan tulang rawan yang melindungi sendi daripada tekanan dan geseran. PRP boleh membantu dalam penyembuhan rawan untuk mengurangkan kesakitan.
- Kecederaan Tendon: Growth Factor boleh membantu dalam merangsang penyembuhan dan pertumbuhan tisu yang rosak.
Adakah prosedur PRP menyakitkan?
Jarum yang digunakan untuk mengambil darah adalah jarum bersaiz standard untuk venipuncture. Rasanya cuma seperti tusukan kecil dan proses ini hanyalah seketika sehingga amaun darah yang diambil mencukupi. Suntikan kulit kepala pula akan menggunakan microneedles. Penerima akan berasa sedikit tidak selesa semasa proses rawatan ini sedang dijalankan. Hal-hal berkaitan dengan penggunaan krim bius bersama rawatan ini haruslah dibincangkan bersama doktor kerana terdapat pendapat yang berbeza di antara pakar-pakar kecantikan berkenaan bagaimana penggunaan krim bius akan mempengaruhi hasil rawatan PRP.
Rasa tidak selesa selama beberapa hari selepas rawatan adalah normal untuk pesakit. Rasa ini akan surut dengan sendirinya dan anda boleh pengambilan ubat tahan sakit untuk membantu mengurangkan rasa tidak selesa.
Bolehkah sebarang rawatan lain digunakan secara serentak?
Terapi plasma kaya platelet boleh digunakan secara bersendirian atau sebagai prosedur tambahan bersama prosedur lain seperti menanam rambut. Sesetengah doktor turut mengesyorkan penggunaan PRP untuk merangsang penyembuhan selepas transplan rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.
Berapa lamakah sehingga keputusan PRP dapat dilihat?
PRP bukanlah ubat ajaib untuk merawat keguguran rambut dengan segera. Proses penyembuhan akan berlaku secara semulajadi dan secara purata hasilnya boleh dilihat selepas enam bulan rawatan dimulakan dan hasil maksimal akan dapat dicapai selepas setahun.
Berapa banyakkah rawatan PRP yang diperlukan?
Keputusan yang diperoleh berbeza daripada seseorang individu dengan individu yang lain. Keinginan dan harapan setiap orang berbeza. Kebiasaannya, satu kali sesi rawatan sahaja tidak mencukupi. Pesakit akan memerlukan beberapa sesi rawatan susulan selama beberapa bulan selepas rawatan pertama, diikuti dengan suntikan-suntikan susulan.
Anda boleh berbincang dengan lebih lanjut bersama doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bilangan sesi yang paling sesuai untuk anda.
Berapakah kos PRP?
Kos PRP bergantung kepada kawasan dan jumlah suntikan yang digunakan. Kadar harganya pula bermula daripada RM800. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk menentukan rawatan, pelan manakah yang sesuai untuk anda serta kos dan jadual pembayaran balik yang boleh dipersetujui.
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan
“Saya mengalami keguguran rambut sejak 10 tahun yang lalu. Rambut saya lebih tebal sebelum ini. Kini saya telah menjalani sebanyak tiga suntikan dan sudah dapat melihat hasilnya. Saya berasa amat gembira dan doktor yang merawat saya mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani masalah ini.”
“Saya menggunakan teknik PRP selepas menjalani rawatan penanaman rambut dan amat berpuas hati dengan hasil yang saya dapati. Pada awalnya saya berasa skeptik dengan rawatan baru ini. Namun setelah mencubanya, saya berasa gembira! Terima kasih kepada para staff klinik yang telah banyak membantu saya di dalam menjalani rawatan ini.”
Pautan
Kawasan rawatan
Rambut
Sesi Yang Diperlukan
1 Hingga 8 Sesi
Tempoh Rawatan
45 Minit Hingga 1 Jam
Doktor
Dr. Douglas
Doktor
Dr. Preetha
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan
“Saya mengalami keguguran rambut sejak 10 tahun yang lalu. Rambut saya lebih tebal sebelum ini. Kini saya telah menjalani sebanyak tiga suntikan dan sudah dapat melihat hasilnya. Saya berasa amat gembira dan doktor yang merawat saya mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani masalah ini.”
“Saya menggunakan teknik PRP selepas menjalani rawatan penanaman rambut dan amat berpuas hati dengan hasil yang saya dapati. Pada awalnya saya berasa skeptik dengan rawatan baru ini. Namun setelah mencubanya, saya berasa gembira! Terima kasih kepada para staff klinik yang telah banyak membantu saya di dalam menjalani rawatan ini.”
Error: There is no connected account for the user 2029719878 Feed will not update.