Rawatan Botox Untuk Kedutan Dan Garisan Halus Kulit

Book Appointment With Us
Kawasan Rawatan
Kening | Crow’s feet (Penjuru Mata) | Garisan Dahi | Garisan Ketawa | Bunny Lines (Sisi Hidung) | Memancungkan Hidung
Sesi Yang Diperlukan
Minimum 1 Sesi
Tempoh Rawatan
2 Jam
Doktor
Dr. Jasmine
Apakah itu Botox?
Botox merupakan sebuah nama yang sering disebut dalam khalayak ramai. Namun demikian, ramai yang tidak mengetahui misteri di sebalik penggunaan Botox ini. Ianya merupakan ‘raja’ dalam bidang kosmetik yang sememangnya tidak mempunyai sebarang tandingan. Botox merupakan singkatan kepada sejenis toksin Botulinum. Toksin Botulinum ini dihasilkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Clostridium botulinum. Toksin ini apabila dalam kuantiti yang banyak membahayakan kesihatan. Namun demikian, para saintis telah berjaya mengolah toksin ini untuk dijadikan sebagai bahan kecantikan yang dapat membantu anda mencantikkan kulit bagi menjadi lebih berseri.
Bagaimana Botox dapat membantu mengurangkan kedutan pada muka?
Kedutan yang melanda kita dengan peningkatan umur sudah menjadi kebiasaan bagi semua orang. Walaupun demikian, kita tidak perlu risau kerana dengan penghasilan Botox ini, kita dapat memastikan paras rupa kita kelihatan seperti telah dikurangkan usia. Botox ini apabila disuntik ke dalam kulit kita akan dapat membantu otot pada tempat tersebut untuk relaks dan ini sekali gus dapat memastikan kulit kita tidak berada dalam keadaan tertekan justeru menghasilkan kedutan. Dengan ini, kulit muka akan menjadi bebas daripada kedutan serta rupa akan menjadi lebih berseri.
Apakah jenis kedutan yang boleh terdapat pada muka?
Terdapat pelbagai jenis kedutan yang boleh didapati pada muka kita dan setiap kedutan tersebut mempunyai namanya yang tersendiri.
‘Crow’s feet’: Kedutan jenis ini merupakan kedutan yang timbul pada bahagian hujung mata kita. Ianya kelihatan serupa dengan kaki seekor burung. Ia merupakan lumrah kehidupan untuk dapat kedutan seperti ini apabila usia semakin meningkat. Selalunya, kedutan seperti ini bermula pada umur 20-an dan tidak akan kelihatan seawal itu tetapi hanya timbul pada usia lanjut.
Kedutan dahi: Kedutan ini seperti yang diketahui ramai timbul akibat kerap risau atau pun stress. Akibat kerisauan yang melampau, kedutan ini akan timbul dan kelihatan pada dahi seseorang. Untuk mengelakkan kedutan seperti ini, seseorang itu haruslah mengurangkan kerisauan dan stress berlebihan dalam kehidupan seharian. Namun, ianya sangat sukar untuk mengelakkan daripada berlakunya kedutan seperti ini.
‘Marionette Lines’: Ini merupakan kedutan yang timbul pada bahagian kiri dan kanan dagu. Kedutan ini akan memberikan seseorang paras rupa yang kelihatan seolah-olah mereka mempunyai perasaan kurang puas atau selesa. Apabila usia semakin lanjut, kedutan seperti ini timbul kerana otot pada bahagian muka mereka tidak ketat seperti pada usia muda. Ini sekali gus akan menyebabkan berlakunya kedutan dan rupa tidak lagi kelihatan cantik.
Lipatan ‘nasolabial’: Kedutan seperti ini timbul pada hujung hidung dalam 2 garisan. Ia membahagikan pipi dan bibir. Apabila usia seseorang itu semakin meningkat, garisan ini akan menjadi lebih tebal dan dalam. Faktor yang selalunya menyebabkan masalah ini ialah kelebihan kulit, kulit menjadi semakin nipis, kulit pada pipi yang tebal serta ‘ptosis’ pada bahagian pipi.
Adakah anda sesuai untuk menggunakan Botox?
Pengguna Botox haruslah golongan yang sihat tanpa sebarang kesakitan yang berkaitan dengan otot atau saraf. Mereka seharusnya berusia 18 tahun dan ke atas bagi golongan yang menginap di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kontraindikasi Botox adalah seperti:
- Mengandung
- Menyusukan anak
- Parut muka yang dalam
- Kelemahan pada otot muka
- ‘Ptosis’
- Kulit muka yang tebal
- Jangkitan kuman pada kulit
Sekiranya anda mengambil sebarang ubat untuk masalah kesihatan lain, ianya lebih baik untuk memastikan doktor mengetahuinya terlebih dahulu sebelum mengambil Botox.
Adakah Botox menyakitkan?
Botox ini diberikan seperti suntikan biasa sahaja. Namun demikian, terdapat beberapa orang yang boleh tahan sakit dan proses suntikan Botox ini dapat menjadi lebih mudah. Ada juga segelintir orang yang tidak dapat tahan sakit. Bagi golongan seperti ini, ubat kebas akan diberikan terlebih dahulu sebelum suntikan Botox untuk memastikan mereka ini tidak rasa sakit yang melampau.
Apakah kekerapan suntikan Botox?
Suntikan Botox selalunya diberikan 4 bulan sekali. Namun demikian, suntikan ini tidak boleh diberikan pada tempat yang sama kurang daripada 4 bulan. Hal ini kerana ianya boleh mengakibatkan otot pada bahagian muka tersebut mengalami kelumpuhan.
Apakah kesan sampingan suntikan Botox?
Botox ini secara keseluruhan memang selamat. Namun demikian, terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak selalu berlaku seperti:
- Air liur meleleh
- Senyuman menjadi senget
- Air mata berlinangan secara berlebihan
- Air mata kering
- Sakit kepala
- Simptom selesema
- Sakit, bengkak serta lebam pada tempat suntikan
Kadang kala Botox ini akan merebak ke tempat lain pada badan dan membawa kepada beberapa kesan sampingan seperti:
- Susah bernafas
- Susah telan
- Suara berubah
- Masalah mata
- Kelemahan pada keseluruhan badan
Adakah beberapa kesan sampingan jangka panjang bagi penggunaan Botox?
Dengan penggunaan Botox bagi jangka masa yang panjang, ia dapat membantu mengatasi masalah kedutan buat selamanya. Hal ini kerana dengan penggunaan Botox, otot pada muka akan dilatih untuk berada dalam keadaan relaks dan tidak tegang. Ini apabila berterusan akan membantu menghilangkan kedutan pada muka. Ada kalanya, Botox akan menjadikan kulit nipis serta otot muka menjadi lemah.
Berapa lama harus menunggu untuk melihat kesan suntikan Botox?
Kesan suntikan Botox dapat dilihat dalam tempoh masa 48 – 72 jam. Anda boleh rasakan nikmat suntikan Botox ini serta melihat keajaibannya dalam menghilangkan kedutan. Paling lama pun ia mengambil masa dalam 5 hari untuk membawa kesan yang ditunggu-tunggu.
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan
“Saya ingin menghilangkan kedutan bibir saya lebih daripada 2 tahun. Saya berunding dengan Nexus untuk rawatan Botox mereka. Saya sangat gembira dengan hasilnya kerana tidak terlalu menyakitkan. Selepas rawatan saya menggunakan ais untuk membantu mengurangkan bengak dan sambung untuk 4 – 5 hari. Saya baik sekarang dengan bibir yang hebat! Terima kasih Nexus untuk rawatan yang menakjubkan.”
“Saya baru berpeluang bertemu Dr Jasmine di Nexus. Dia sangat mesra dan memahami apa yang saya ingin capai dengan suntikan Botox. Semua pakar kecantikan di pejabat juga ramah dan membantu. Pejabat ini bersih dan selesa. Saya gembira dengan keputusan saya. Terima kasih Nexus.”
Pautan
Kawasan Rawatan
Kening | Crow’s feet (Penjuru Mata) | Garisan Dahi | Garisan Ketawa | Bunny Lines (Sisi Hidung) | Memancungkan Hidung
Sesi Yang Diperlukan
Minimum 1 Sesi
Tempoh Rawatan
2 Jam
Doktor
Dr. Jasmine
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan
“Saya ingin menghilangkan kedutan bibir saya lebih daripada 2 tahun. Saya berunding dengan Nexus untuk rawatan Botox mereka. Saya sangat gembira dengan hasilnya kerana tidak terlalu menyakitkan. Selepas rawatan saya menggunakan ais untuk membantu mengurangkan bengak dan sambung untuk 4 – 5 hari. Saya baik sekarang dengan bibir yang hebat! Terima kasih Nexus untuk rawatan yang menakjubkan.”
“Saya baru berpeluang bertemu Dr Jasmine di Nexus. Dia sangat mesra dan memahami apa yang saya ingin capai dengan suntikan Botox. Semua pakar kecantikan di pejabat juga ramah dan membantu. Pejabat ini bersih dan selesa. Saya gembira dengan keputusan saya. Terima kasih Nexus.”
Error: There is no connected account for the user 2029719878 Feed will not update.
Pautan
Russian Bride Brides Russian Bride Brides – Your Chance To Meet
Make An Appointment
Rejuvenate your Skin, Face, Hair & Body with the best aesthetic treatments in Kuala Lumpur.