Rawatan Botox Untuk Pipi

Book Appointment With Us
Kawasan Rawatan
Pipi
Sesi Diperlukan
minima 1 sesi
Tempoh Rawatan
15-45 minit
Doktor
Dr. Jasmine
Botox Pipi
Botox adalah nama untuk ubat onabotulinum toxin A. Botox menjadi kegemaraan ramai kerana ia melawan kesan – kesan penuaan. Botox digunakan untuk mengurangkan kedutan kulit seperti di tepi mata ( crow’s feet ), kedutan dahi ( frown lines ).
Botox di ekstrak daripada bakteria Clostridium botulium. Bakteria ini di temui dalam tanah, kolam – kolam dan di dalam hutan. Bakteria ini menghasilkan toksin dalam dos yang tinggi yang di dapati bahaya. Walaubagaimanapun, doktor – doktor mendapati bahawa toksin ini dalam dos yang kecil boleh diguna dalam pelbagai situasi.
Bagaimana Botox berkesan atas pipi?
Suntikan Botox menyebabkan kelemahan otot – otot muka. Toksin ini menghalang transmisi urat ke otot. Dalam situasi ini otot tidak akan kedut. Di atas muka, Botox melemahkan otot tetapi tidak melumpuhkan otot tersebut. Oleh sebab itu, anda masih boleh mengunakan otot – otot muka seperti biasa. Botox hanya akan mengurangkan kegunaan otot tersebut dan megurangkan kedutan yang disebabkan oleh kegunaan otot – otot muka. Oleh sebab ini, kedutan yang disebabkan oleh graviti dan kerosakan oleh matahari tidak dapat di ubati dengan suntikan Botox. Anda patut berbincang dengan doktor untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci.
Berapa lama harus saya menunggu untuk mendapati keputusan yang diingini?
Masa menuggu berbeza antara orang. Sesetengah orang dapat melihat keputusan dalam 2 – 3 days tetapi sesetengah akan mengambil masa sampai 2 minggu untuk mendapat keputusan yang diingini. Faktor – faktor yang menentukan masa menunggu adalah umur, tahap kedutan, dan otot – otot yang menyebabkan kedutan tersebut.
Berapa lama keputusan akan bertahan?
Ini juga berbeza antara orang. Botox selalunya akan bertahan dari 4 ke 6 bulan. Selepas 6 bulan, otot -otot muka akan mula mereggang dan mereka akan mula mengedut. Walaubagaimanapun, kedutan ini tidak akan menjadi ketara seperti sebelum Botox. Selepas 6 bulan, anda boleh mendapat lebih suntikan untuk mengekalkan kulit tanpa kedutan.
Berapa suntikan saya perlu?
Suntikan Botox tidak adalah kekal. Selepas 3 ke 6 bulan kesannya akan mengurang. Tetapi tidak perlu dirisau kerana kedutan tidak akan nampak ketara seperti dulu. Selepas 6 bulan, anda boleh mendapat suntikan tersebut lagi. Anda harus berbincang dengan doktor untuk mendapat tahu bila masa yang paling sesuai untuk mendapatkan suntikan tersebut.
Apakah kesan sampingan suntikan Botox?
Doktor yang memberi suntikan Botox tersebut adalah pakar yang sudah ada beberapa tahun dalam bidang tersebut. Kesan sampingan yang paling biasa adalah lebam yang sementara di tempat suntikan. Lebam ini akan mengurang secara spontan tanpa sebarang ubat. Sesetengah orang akan mengalami sakit kepala selepas suntikan tersebut dan hanya akan mengurang selepas mengambil ubat tahan sakit. Ptosis juga adalah kesan sampingan lain yang sangat biasa dialami oleh sesetengah orang. Doktor tidak akan menasihatkan anda mengalami suntikan Botox jikalau anda ada kecenderungan untuk mengalaminya. Anda tidak perlu risau kerana semua kesan sampingan ini akan selesai secara spontan.
Anda sesetengah kesan sampingan yang lebih bahaya tetapi ia sangat jarang. Anda boleh megalami alahan terhadap ubat dalam suntikan tersebut. Sesetengah orang boleh mengalami kegatalan kulit sampai kesesakan nafas. Anda boleh mengubati alahan tersebut dengan mengambil ubat anti – alahan. Anda harus mengelak suntikan Botox selepas itu. Jikalau alahan anda lebih ketara, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Jikalau suntikan tersebut diberi oleh orang yang tiada pengalaman dalam bidang tersebut, ubat tersebut mungkin boleh sampai ke sistem saraf pusat. Jikalau anda tiba – tiba mengalami kesusahan bercakap, mengunyah ataupun bernafas anda harus pergi ke hospital dengan segera.
Kegunaan Botox yang lain
Walaupun Botox memang terkenal dalam bidang kosmetik, ia juga boleh digunakan dalam bidang kesihatan yang lain. Botox boleh digunakan untuk merawat kekejangan otot. Jikalau otot – otot leher dan bahu terlibat, ia dipanggil cervical dystonia. Kekejangan otot -otot di bahagian badan yang lain juga boleh dirawat dengan suntikan Botox ini.
Sesetengah masalah mata seperti kelipan mata yang tidak dapat dikawal. Suntikan Botox akan mengurangkan kelipan mata. Selain daripada ini, Botox juga boleh digunakan untuk merawat masalah peluhan yang berlebihan. Masalah – masalah saraf juga dapat dirawat dengan suntikan ini. Orang yang tidak dapat mengawal pundi kencing mereka juga boleh bermanfaat daripada suntikan ini.
Berapakah harga untuk suntikan Botox pipi?
Harga Botox adalah mengikut lokasi suntikan dan juga nombor suntikan yang diperlukan. Kebiasaanya, harga suntikan Botox dalam anggaran RM 3000 – RM 4000. Anda harus berbincang dengan doktor terlebih dahulu supaya anda akan mengetahui rawatan yang diperlukan oleh anda dan pelan – pelan pembayaran yang anda boleh mengunakan.
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan
“saya baru-baru ini bertemu Dr Jasmine di Nexus. Dia sangat mesra dan memahami apa yang saya ingin capai dengan suntikan Botox. Semua pekerja di pejabat juga ramah dan membantu. Pejabat ini bersih dan selesa. Saya gembira dengan keputusan saya. Terima kasih Nexus. “
“Saya ingin menghilangkan kedutan di pipi selama lebih dari 2 tahun. Saya berunding dengan Nexus untuk rawatan Botox mereka. Saya sangat gembira dengan hasilnya, ia tidak terlalu menyakitkan, malah rawatan saya menggunakan ais untuk membantu mengurangkan pembengkakan. Saya berasa lebih baik dengan pipi yang kurang berkedut! Terima kasih Nexus untuk rawatan yang bagus ini “
Pautan
Kawasan Rawatan
Pipi
Sesi Diperlukan
minima 1 sesi
Tempoh Rawatan
15-45 minit
Doctor
Dr. Jasmin
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan
“Saya ingin menghilangkan kedutan di pipi selama lebih dari 2 tahun. Saya berunding dengan Nexus untuk rawatan Botox mereka. Saya sangat gembira dengan hasilnya, ia tidak terlalu menyakitkan, malah rawatan saya menggunakan ais untuk membantu mengurangkan pembengkakan. Saya berasa lebih baik dengan pipi yang kurang berkedut! Terima kasih Nexus untuk rawatan yang bagus ini “
“Nexus adalah yang terbaik, saya tidak akan pergi ke tempat lain, mereka adalah kompeten, berpengalaman dan berpengetahuan, mesra, peduli pelanggan. Mereka berpengalaman dengan semua rawatan terkini.
Error: There is no connected account for the user 2029719878 Feed will not update.
Pautan
Russian Bride Brides Russian Bride Brides – Your Chance To Meet
Make An Appointment
Rejuvenate your Skin, Face, Hair & Body with the best aesthetic treatments in Kuala Lumpur.