Rawatan Membentuk Muka V-Shape

Buat temujanji dengan kami
Kawasan rawatan
Rahang | Pipi | Leher
Sesi Yang Diperlukan
1 sesi
Tempoh Rawatan
30 hingga 45 minit
Doktor
Dr. Douglas
Apakah rawatan tanam benang (Threadlift)?
Rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang sedikit invasif yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher. Ia dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang invasif berbanding pembedahan facelift tradisional. Benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal.
Apakah faedah menanam benang?
Benang yang digunakan di dalam rawatan ini adalah sejenis benang yang biodegradable yang akan dipecahkan secara semulajadi oleh badan. Biji-biji kon yang terdapat pada benang ini akan melekat pada lapisan lemak pada bahagian bawah kulit untuk menahan kulit. Hasilnya dapat dilihat dengan segera selepas prosedur. Benang ini juga akan merangsang kulit supaya menjalankan proses penghasilan kolagen.
Kolagen adalah protein dalam tubuh yang membentuk struktur kulit. Penghasilan kolagen akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia,. Hal ini akan membawa kepada penghasilan lipatan dan kedutan yang semakin jelas.
Dengan rangsangan yang diberikan, kadar kandungan kolagen di dalam kulit akan semakin meningkat dan secara tidak langsung akan membuatkan kecantikan kulit muka anda semakin bertambah.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk rawatan tanam benang (Threadlift) ini?
Rawatan ini mengambil masa sebanyak tiga puluh hingga empat puluh lima minit bergantung kepada kawasan benang ditanam dan bilangan benang yang digunakan oleh doktor. Krim bius akan disapukan kepada bahagian yang akan dirawat sebelum prosedur dimulakan untuk mengurangkan kesakitan.
Apakah kesan sampingan rawatan tanam benang (Threadlift)?
Kesan sampingan yang biasanya dialami adalah minima dan jarang berlarutan melebihi 3 hingga 5 hari. Sebelum rawatan, doktor anda akan menggunakan bius tempatan untuk mengebaskan wajah supaya prosedur menjadi lebih selesa. Anda juga mungkin akan mengalami lebam kecil di wajah anda yang akan reda dengan sendiri.
Antara kesan sampingan lain yang boleh dialami termasuklah benang yang kelihatan pada permukaan kulit atau bintik-bintik kulit. Namun begitu, kesan sampingan sebegini jarang berlaku jika ianya dilakukan oleh pakar yang berpengalaman. Pastikan anda mendapatkan perkhidmatan doktor yang berpengalaman.
Berapa lamakah rawatan tanam benang (Threadlift) mampu bertahan?
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tempoh kesan rawatan. Faktor-faktor ini termasuklah usia, genetik, kesihatan sihat badan dan keadaan kulit anda. Namun rawatan ini tidak menghentikan proses pengenduran kulit yang menyebabkan kulit berkerut dan berlipat.
Hasilnya biasanya bertahan di antara enam bulan hingga dua tahun. Benang biodegradable akan terlarut dia dalam tubuh di antara enam sehingga sembilan bulan. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil yang lebih berpanjangan, jumlah benang yang digunakan boleh ditambah apabila diperlukan.
Apakah perbezaan antara tanam benang (Threadlift) dan facelift?
Teknik tanam benang (Threadlift) merupakan teknik yang kurang invasif kerana ia melibatkan penggunaan benang untuk menegangkan struktur kulit. Kaedah facelift tradisional, secara rasminya dikenali sebagai rhytidectomy, ia memanipulasi kontur kulit dengan memotong sebahagian daripada kawasan kulit untuk memberikan wajah wajah yang lebih segar. Otot-otot pada bahagian bawah ditarik dan diperketatkan. Lemak yang berlebihan juga akan dikeluarkan.
Disebabkan sifat yang lebih invasif yang digunakan di dalam pembedahan tradisional facelift, masa pemulihan akan menjadi lebih lama dan ini akan mejadikan ianya tidak sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai waktu yang terhad. Walaupun tanam benang (Threadlift) menawarkan lebih banyak kelebihan dari segi kemudahan dan keselesaan perlaksanaannya, facelift tradisional masih lagi merupakan ‘gold standard’ di dalam merawat kulit yang semakin mengendur. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk memilih rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Seseorang yang ingin menjalani rawatan facelift sevara konvensional perlulah dinilai dengan baik untuk memastikan kesesuaian rawatan. Terdapat beberapa faktor yang perlu dnilai. Ini termasuk keanjalan kulit seseorang, struktur tulang muka, kesihatan umum serta maklumat tentang keperluan dan matlamat yang ingin dicapai.
Berapa lamakah masa pemulihan yang diperlukan untuk rawatan tanam benang (Threadlift) ?
Anda boleh terus kembali melakukan aktiviti harian anda segera selepas prosedur. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengelakkan kerja-kerja keras atau latihan yang berat selama dua hingga tiga minggu berikutnya supaya kulit boleh pulih dengan sepenuhnya.
Keputusan yang boleh dicapai selepas prosedur tanam benang (Threadlift)?
Rawatan tanam benang (Threadlift) akan mengurangkan lipatan pada kulit dan dapat mengelakkan kontur supaya wajah anda kelihatan lebih remaja sejurus selepas prosedur selesai. Kandungan kolagen di dalam wajah juga akan meningkat selepas ianya dirangsang dengan rawatan ini.
Teknik ini amat berkesan bagi mereka yang mempunyai wajah yang telah menunjukkan tanda-tanda permulaan penuaan seperti kedut-kedutan yang ringan. Teknik facelift tradisional lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang mempunyai kedutan, lipatan kulit yang berlebihan serta lebih besar. Rawatan tanam benang ini juga amatlah sesuai bagi mereka yang ingin mengelakkan daripada menjalani prosedur pembedahan yang lebih intensif. Sentiasa berhubung dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat.
Apakah komplikasi rawatan tanam benang (Threadlift) ?
Risiko rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rendah dan akan semakin berkurangan apabila prosedur tersebut dilakukan oleh pengamal perubatan yang berpengalaman. Komplikasi yang biasanya berlaku termasuklah lebam, bengkak, sedikit kesakitan serta ketidakselesaan. Terdapat juga risiko jangkitan yang sangat kecil. Doktor akan berhati-hati di dalam memastikan peralatan yang digunakan serta kawasan persekitaran adalah bersih daripada kuman. Dalam kebanyakan kes, komplikasi yang berlaku akan surut sendiri dari masa ke masa.
Komplikasi lain yang mungkin berlaku akibat pembedahan termasuklah tindak balas terhadap bius yang menyebabkan pesakit berasa mual selepas menerima bius. Manakala hematoma pula adalah komplikasi yang jarang berlaku. Dalam hal ini, terdapat pendarahan tidak terkawal yang menyebabkan pembengkakan berlaku. Lebam juga boleh berlaku namun ianya tidaklah serius.
Pada kawasan mana lagikah rawatan tanam benang (Threadlift) boleh digunakan?
Selain daripada bertujuan untuk meremajakan kulit muka, rawatan tanam benang (Threadlift) tidak digunakan dalam sebarang keadaan yang lain. Bincang bersama doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang sesuai mengenai rawatan ini.
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan Pesakit
“Saya sebenarnya berasa ragu-ragu ketika seorang kawan mencadangkan supaya saya menjalani rawatan Threadlift kerana ia adalah rawatan yang baru berbanding cara yang biasa saya ketahui, saya fikir rawatan itu tidak akan berjaya. Namun saya cuba juga dan berasa amat gembira dengan keputusan tersebut. Prosesnya tidaklah lama dan saya dapat merasai keputusannya dengan segera”
“Sejak kehilangan berat badan dengan banyak pada tahun lepas, saya tidak menyangka kulit saya menjadi semakin berkedut namun saya tidak berasa selesa untuk menjalani sebarang pembedahan dan telah mencuba teknik facelift ini. Saya amat gembira dengan keputusan yang saya dapati dan doktor yang merawat saya sangat professional!”
Pautan
Kawasan rawatan
Rahang | Pipi | Leher
Sesi Yang Diperlukan
1 sesi
Tempoh Rawatan
30 hingga 45 minit
Doktor
Dr. Douglas
Doktor
Dr. Preetha
Sebelum & Selepas
*Results may vary



Ulasan Pesakit
“Saya sebenarnya berasa ragu-ragu ketika seorang kawan mencadangkan supaya saya menjalani rawatan Threadlift kerana ia adalah rawatan yang baru berbanding cara yang biasa saya ketahui, saya fikir rawatan itu tidak akan berjaya. Namun saya cuba juga dan berasa amat gembira dengan keputusan tersebut. Prosesnya tidaklah lama dan saya dapat merasai keputusannya dengan segera”
“Sejak kehilangan berat badan dengan banyak pada tahun lepas, saya tidak menyangka kulit saya menjadi semakin berkedut namun saya tidak berasa selesa untuk menjalani sebarang pembedahan dan telah mencuba teknik facelift ini. Saya amat gembira dengan keputusan yang saya dapati dan doktor yang merawat saya sangat professional!”
Error: There is no connected account for the user 2029719878 Feed will not update.